
Sulit
2 tahun
Sakit punggung bahagian kiri
Saya wanita berumur 24 tahun, saya nak tanya punggung sebelah kiri saya rasa ngilu dan sukar untuk saya berjalan, bila saya nak jalan kaki belah kiri saya jadi lembik, saya sakit punggung pun sebelah kiri, ada tak cara untuk mengatasi, saya ada cuba bt senaman untuk kurangkan,berkesan sementara, lama kemudian lepas saya berjalan sakit balik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit punggung dan kaki sebelah kiri yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan duduk terlalu lama ataupun pemakaian kasut tumit tinggi
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc” atau “herniated disc”
- Ketegangan otot atau saraf kaki
- masalah buasir
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.