
Sulit
3 tahun
Sakit punggung dan vagina
Saya wanita berusia 20-an dan sudah berkahwin. Sudah seminggu saya mengalami sakit dan gatal di bahagian vagina. Kadang-kadang sakit tersebut akan terasa hingga ke kawasan ari-ari. Apakah penyebabnya?
Selain itu, saya juga mengalami sakit seperti senak dan pedih di bahagian dubur. Untuk makluman doktor, saya mengalami sembelit. Adakah ini kesan daripada sembelit?
Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah sakit dan gatal di vagina. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Vaginosis bakteria
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan yis
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia
- Sklerosis lichen
Kesakitan di bahagian dubur tidak semestinya berkaitan dengan kegatalan vagina anda, akan tetapi ianya lebih baik jika anda berjumpa dengan dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.