
Sulit
4 tahun
Sakit punggung sebelah kiri berdekatan pingggang
Saya lelaki umur 23thn , sejak2 akhir2 ni saya rasa mcm saiz punggung sebelah kiri saya macam besar sedikir berbanding sebelah kanan. Saya aktif main badminton , kalau saya lepas main badminton mesti pungung saya sebelah kiri terasa sakit sikit. ataupun kalau saya x main pun kdg2 sakit dtg jga tpi tak rasa sakit macam selepas badmnton. saya risau doktor. boleh advice tak doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.