ahmadsyahpiq
4 tahun
Sakit rahang terasa rahang bahagian bawa bergerak gerak secara sendiri
Selepas saya makan ubat dari doktor tonsil saya sembuh tapi selepas itu rahang saya bahagian bawa terasa bergerak sendiri tanpa saya kawal apakah saya terlebih doz ubat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
- trauma
- arthritis
- ketegangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.