Anonymous
3 tahun
Sakit Rusuk kiri belakang
Saya tidak pernah mengalami patah tulang rusuk atau jatuh . Tetapi terasa sakit di bahagian rusuk kiri belakang . Apabila tidur mengiring ke kiri juga terasa sakit . Adakah iya melibatkan tulang atau urat atau otot ? Dan ubat apa yang perlu saya ambil utk hilangkan sakit ? Terima kasih .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mengikut keterangan anda, masalah yang anda sedang hadapi ini mungkin daripada masalah Costochondritis. Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk.
Sakit rusuk kiri dan lesu otot badan juga boleh disebabkan oleh:
- Tekanan stres
- Dehidrasi(pengambilan air tidak mencukupi)
- Kurang tidur
- Demam
- Anemia(kurang kadar darah)
- Kekurangan Vitamin D
Saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat dan ubat yang diperlukan segera ke pihak doktor berdaftar kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.























