
wawaain325
5 tahun
Sakit sebelah kanan bawah perut
Saya ain . Umur 18 . Baru lepas bersalin ceaser . Dan beberape arini ini . Rse sakit di belah kanan bawah perut sya . Berdekatan kemaluan saya . Semalam saya rasa sakit sangat di bahagian belah kanan bawah perut saya , selepas itu , keluar ketulan ketulan darah beku dan darah cair . Selapas keluar , saya berase ringan sedikit , Tetapi di bahagian sakit tadi . Saya still rasa tidak selase di bahagian itu . Apakah ini tanda yang serious . Atau pun tidak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Jangkitan selepas ceasar boleh disyaki apabila:
- Lochia/Darah nifas terus kekal merah terang selepas minggu pertama dari melahirkan anak.
- Lochia/Darah nifas menjadi merah cerah lagi setelah perubahan warna sejak hari-hari sebelumnya.
- Terdapat perdarahan berat yang luar biasa menyebabkan pad penuh dalam 1 jam atau kurang atau terdapat laluan darah beku yang lebih besar daripada bola golf. Ini adalah tanda pendarahan selepas bersalin sekunder dan memerlukan rawatan kecemasan.
- Ia mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
- Terdapat demam dengan menggigil.
- Terdapat kesakitan di perut bawah yang meningkat sepanjang hari.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.