
Anonymous
5 tahun
Sakit sebelah kiri rusuk sebab batuk
saya wanita dlm 45 tahun…sy batuk dlm 2 mggu…tiba2 rusuk kiri tu terasa nyeri sampaila skg da baik batuk…dah sebulan lebih tak baik2 rasa nyeri tu…dah xray dada tak nmpak apa2…dah ambil darah pun ok…bila baring sebelah kiri akan rasa sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit sebelah tulang rusuk kiri boleh disebabkan:
- Kekejangan otot dada
- Osteo-kondritis (radang tulang rusuk)
- Jangkitan paru-paru - seperti pneumonia, tibi
- Cecair diantara selaput pleura paru-paru
- Angina (disebabkan sakit jantung)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.