
aslammat2904
5 tahun
Sakit secara tiba-tiba
Saya berumur 19, saya mengalami sakit sendi di lutut, sakit di bahagian belakang, tekak kering dan sakit kepala yang teruk serta badan menjadi panas. Apakah yang harus saya lakukan? Apakah penyakit yang sedang saya hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang diterangkan adalah terlalu umum. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Namun gejala yang anda hadapi ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang telah menyebabkan demam berlaku. Apabila anda demam maka masalah-masalah lain yang anda hadapi diatas mungkin berlaku.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih