
Sulit
4 tahun
Sakit segugut dan sakit pinggang serta sakit perut
saya wanita dalam 25 tahun , saya tak kahwin lagi … adakah normal segugut sakit pinggang dan bawah perut , kdang saya rasa sesak nafas bila berdiri lama n rasa loya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis -Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid - Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
- Cervical stenosis - Iaitu lubang pada pangkal rahim menjadi sempit dan menyebabkan gangguan pengaliran darah haid untuk keluar dan menyebabkan kesakitan akibat tekanan pada rahim
- Jangkitan pada organ reproduktif yang disebabkan oleh penyakit jangkitan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!