
Sulit
5 tahun
Sakit sekitar pelvic
Hasil carian untuk Saya berumur 18 tahun. Period saya tidak datang pada bulan lepas. Di sekitar bahagian pelvic saya agak sakit. Saya risau jika saya berkemungkinan mendapat penyakit bahaya. Tapi saya ada melakukan senaman sedikit sebelum saya rasa sakit di sekitar bahagian pelvic. Jadi saya agak risau sama ada sakit di bahagian pelvic itu disebabkan period yang tidak teratur atau disebabkan senaman atau disebabkan penyakit lain. Tq.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Masalah fibroid, cyst dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.