Sulit
5 tahun
Sakit sendi2,najis leper
Lelaki umr 37…sebelum ni saya rsa ada angin dlm perut dlm sbulan…tp xcirit n sakit perot…n dlm tmpoh 2 saya rsa sakit sendi2 dlm skala 4/10…skang sakit tlg dada hgga blkg…tp xbrapa trok…najis saya la ni pun leper ja…tp xla nipis…saiz biasa2…xcirit n x sembelit…arwah tom saya mnggl sbb kanser usus…tp mak n ayh saya xsakit kanser usus…mohon pencerahan dokter
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, sakit sendi mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.
Selain itu, masalah sakit dada anda pula boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Manakala najis leper pula tidak merujuk kepada apa-apa masalah yang khusus dan ianya mungkin normal.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.






























