
Sulit
4 tahun
Sakit tapak kaki ari ari , pinggang, bersama suami , kentut vagina
saya bru lepas bersalin 6 bulan tetapi saya mengalami sakit tapak kaki , pinggang ari ari , kentut vagina dan bila saya rujuk internet mengatakan bahawa rahim saya tidak sihat . adalah wajib untuk saya ke klinik untuk rawatan ? atau blh sembuh dngn sndiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit pinggang, seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Untuk makluman anda, sakit tapak kaki boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
- Kecederaan pada sendi otot bahagian buku lali
- Kecederaan pada kawasan pinggang belakang
- Penyakit keradangan pada tendon achilles (Achilles Tendonitis)
- Keradangan pada sendi kaki ( Bursitis )
- Keradangan pada fascia kaki ( Plantar fascitis )
- Masalah darah tinggi atau aliran darah
- Masalah pengsarafan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Keadaan anda juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Masih risau dengan sakit pinggang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.