
Sulit
4 tahun
Sakit TB ParuParu dan
Hi Doc, sy adalah pesakit TB dalam rawatan 3 bulan lebih dah. Seperti yg Dr tau kesan pengambilan ubat TB ni mempunyai banyak side effect sperti sakit sendi dan mcm2 dalam tempoh 2 bulan pertama pengambilan ubat antibiotik. Tetapi sy ingin bertanya, baru2 ni macam sy ada rasa mabuk2, pusing2 kepala bila berjalan. Tiada rasa nak muntah ke, sakit kepala ke apa ke. Adakah itu side effect dari pengambilan ubat TB juga? Sy ada bertanya juga dengan doctor yg merawat sy, dia pun berkata sedemikian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kesan sampingan ubat TB.
Keterangan yang anda berikan adalah tidak cukup untuk saya mengetahui ubat jenis manakah yang memberi kesan sampingan tersebut kerana setiap individu mungkin akan diberikan rejimen ubat yang berbeza mengikut kondisi pesakit tersebut.
Namun begitu, berikut merupakan kesan sampingan umum semua ubat TB:
- Demam
- Sakit perut
- Gatal gatal dan ruam
- Muntah dan loya
- Pening kepala berpusing pusing
- Keletihan
Kemungkinan gejala yang anda alami adalah kesan sampingan ubat TB. Namun saya juga menasihatkan anda untuk bercakap dengan doktor yang merawat anda bagi mengetahui keadaan sebenar kerana mereka lebih arif tentang kondisi anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.