
Sulit
5 tahun
Sakit tegang di bahagian peha
Saya wanita berumur 22 tahun, pagi tadi saya terjaga dari tidur kerana di bahagian celah peha sebelah kiri (dekat dgn kemaluan) terasa sakit seperti tegang. Perut di bahagian atas kemaluan terasa senak. Apabila bangun, dan berjalan pun terasa sakit, Sebelum ini saya pernah mengalami kencing tidak lawas, dan sudah membuat xray tapi tiada masalah batu karang. Adakah kemungkinan sakit lain? Perlu mendapat rawatan segera tak? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- bagi wanita, masalah seperti anda boleh disebabkan fibroid, ovarian cyst
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.