
Sulit
3 tahun
Sakit tekak adakah tanda covid 19
Hi,saya nak tanya.
Hari ahad hritu mulut kluar air pour rasa macam tkde deria rasa tu, semalam isnin tekak saya sakit tapi dah ada deria rsa balik. Harini pon tekak saya Makin sakit dan kadang saya bersin dalam 3 4 kli adakah saya perlu ke klinik untuk dapatkan rawatan? Atau itu cuma tonsil? saya tak demam saya tak sakit kepala saya memang selalu jdi tonsil. Mohon pencerahan ya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan anda.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 masih belum berakhir. Kami memahami kebimbangan anda tentang segenap gejala yang anda hadapi mempunyai kaitan dengan COVID-19 ataupun tidak. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Bagaimanapun, simptom adalah berbeza setiap individu. Tidak kurang juga, masalah sakit tekak boleh diakibatkan pelbagai masalah lain yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor, seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai sakit tekak anda.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini