
Sulit
4 tahun
Sakit tekak atau tonsil
salam /salam sejahtera. hai doktor. sy nk tanya, sy ni selang 2 hari sekali akan jd sakit tekak yg perit. kadang terasa di belah kanan, kadang terasa di belah kiri. pastu baru2 ni klu minum / makan susu, keju… mesti perit, dan smpai ke telinga. apakah itu tonsil? perlu tak sy buat ujian saringan covid19… sbb sy risau, keliru pon ada dgn sakit tekak ni. suhu bdn ok. xde demam. xde batuk. bernafas pon ok. sy blh naik turun tangga opis 4 tingkat, berlari, berjalan laju… cuma sy keliru. boleh bantu sy?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak sering terjadi lebih-lebih lagi sewaktu musim panas dan akibat daripada kekurangan minum air. Selain daripada itu, sakit tekak juga boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk sementara waktu, anda disarankan untuk kuarantinkan diri selama 14 hari jika anda mengalami gejala-gejala COVID-19.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas dan mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar ENT mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.