
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, batuk , dan badan panas, satu keluarga , apakah yang perlu dilakukan?
saya pelajar mesir malaysia yg baru tiba d malaysia pda 16.3.20 , brumur 20 tahun, ingin bertanya., sekarang ayah saya batuk batuk dan sakit tekak , kakak saya sakit tekak dan bersin bersin, saya pulaa telah demam beberapa hari yang lalu, adakah kami sekrang dijangkiti pnykit yang tular ini? kerna saya takut, dalam masa yang dikira dari hari saya balik malaysia , hari ini iyalah hari ke5 , saya ingin buat langkah berjaga-jaga , boleh kah kami membuat ujin saringan pesakit yg tular ini? mohon pencerahan ! terimakasih doktor , kami ingin berjaga-jaga bagi mngurangkan permaslahatan ini semoga doktor bagi jawapan yang membantu , kerna apa bila buat saringan memerlukan symptom sprti demam dahulu,

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Selain COVID-19,demam, sakit tekak, batuk boleh disebabkan masalah kesihatan lain.Antaranya:
- Jangkitan bakteria pada paru-paru
- common cold
- dehidrasi
- cuaca panas
- Radang sinus
- Radang pharynx
Walaubagaimanapun, masih sukar untuk membezakan gejala ini dengan masalah kesihatan lain. Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini