
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, batuk, panas tekak
Saya mengalami sakit tekak dan tekak berasa panas sentiasa, juga ada batuk sedikit. Bernafas kdg kala nafas pendek dan dada terasa sempit mcm dihempap. Juga rasa selalu letih tak seperti biasa. Tiada selsema atau demam. Tiada kontak dgn pesakit positif covid19 atau pergi ke luar negara. Cume ke mall untuk beli groceries sahaja 3 hari lps. Perlu ke saya ke klinik untuk pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh kerana anda mengalami simptom batuk dan sakit dada, anda boleh digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Anda boleh ke klinik untuk medapatkan rawatan untuk penyakit ini.
Simptom yang anda alami ini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan virus atau baketria yang lain
- Radang tekak
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit jantung koronari
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini