
Sulit
4 tahun
Sakit Tekak Berpanjangan Selama 3 minggu
For the past 3 weeks, saya rasa sakit tekak. Tekak saya rasa mcm ada kahak but tak keluar pun bila saya batuk or clearing my throat. Saya constantly ada that feeling that I need to clear my throat. At times, tekak saya kiri saya rasa a bit bengkak but it’s not bad but boleh rasa.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.