
Sulit
4 tahun
Sakit tekak bila melakukan seks dan demam sebab apa ye? Adakah sebab Gonorrhea?
Semalam kami melakukan seks dan isteri saya sakit tekak dan demam? Adakah sebab penyakit Gonorrhea?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala demam dan sakit tekak ini boleh disebabkan oleh banyak punca. Penyakit Gonorrhea ini merupakan penyakit kelamin yang direbak oleh seeorang yang mempunyai penyakit tersebut melalui hubungan intim.
Gejala Gonorrhea dalam wanita adalah:
- Lendir yang berlebihan yang berbau dan berdarah/bernanah
- Sakit semasa berkencing
- Sakit semasa melakukan hubungan intim
- Demam
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan isteri anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.