
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan bersin yang kerap
Saya pekerja Kkm yang mengendalikan xray pesakit covid 19…baru2 ni sy dikuarantin 14 hari disebabkan PUI…namun keputusan saya negatif…selepas 14 hari saya mengalami kerap bersin dan sakit tekak…adakah itu simptom atau sekadar sakit tekak dan selesema.biasa…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.