
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan deria bau berkurang
saya wanita 20 an, sejak 2 3 hari ni sy rasa sakit tekak dan deria bau berkurang. adakah itu simptom covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi dan mengajukan soalan kepada kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami buat masa ini. Berdasarkan maklumat yang anda berikan di ruangan soalan, kami memerlukan lebih banyak informasi untuk memberi kata putus. Terdapat beberapa sebab anda mengalami masalah tersebut:
- Jangkitan paru-paru, pneumonia
- Bronkiektasis
- Tibi atau tuberkulosis
- Radang tonsil
- Radang farinks
- Kanser paru-paru
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami sarankan anda untuk mengawasi dan memantau keadaan anda buat masa ini dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda semakin teruk dan jika anda pernah pergi ke kawasan berisiko dan mempunyai kontak rapat.
Menurut WHO, gejala-gejala COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik pada link ini untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.