
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan masalah dlm pernafasan
Saya lelaki berumur 20tahun dan saya mengalami sakit tekak Saya mengalami sakit tekak dengan pernafasan tidak selesa spt rasa tidak dpt tarik nafas dalam-dalam tidak seperti normal dan tidak selesa bernafas sebelum tido spt bernafas pendek mcm dada sempit… saya sudah ke klinik dan Dr ckp tekak saya merah dan harus berkumur dgn air garam… kali kedua saya ke klinik sebab saya alami sakit dada apabila tarik dan lepas nafas dan Dr seperti nya x tidak tahu ape masalah saya sebab saya tiada batuk batuk, demam demam ataupun selsema lalu Dr hanya bgi ubat demam dan ubat batuk. Sekarang saya mengalami masalah pernafasan spt tidak boleh tarik nafas dalam-dalam, nafas mcm dada sempit,menguap tak lepas, rasa berdebar-debar, pening pening ketika buat kerja, kadangkala rasa sakit leher, rasa ade sesuatu dlm tekak(masih berkumur air garam), rasa tidak selesa dgn rahang kanan dan kiri.sekarang saya tiada demam, batuk dan selsema. Saya bekerja sebagai tukang cat kereta adakah berkait?? Saya harap Dr dpt membantu saya dlm masalah ini tq.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Masalah kesukaran bernafas pula boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga diminta untuk berehat seketika jika anda berasa simptom simptom ini di tempat kerja.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.