
Sulit
4 tahun
Sakit Tekak dan mula nak kena selesma
Saya baru balik dari zon merah (rawang) kini ada di bagan datuk (tempat kerja) saya mengalami sakit tekak. Soalan saya perlu atau tidak saya menjalani swap test sebelum masuk kerja pada hari isnin (4hb). Jika perlu bagaimana dan dimana saya boleh menjalani swap test.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda terutama pada musim pandemik ini. Untuk menjawab soalan anda, jika anda tidak mempunyai sebarang kontak rapat, anda perlu memantau gejala-gejala yang anda alami dan tidak perlu membuat ujian saringan. Tetapi sekiranya anda ragu-ragu dengan keadaan anda atau keadaan menjadi semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut dan buat ujian saringan.
Anda boleh melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti KKM sekiranya anda mempunyai kontak rapat kerana golongan yang mempunyai kontak rapat akan diberi keutamaan untuk saringan. Selain dari itu, anda juga boleh pergi ke hospital swasta yang menawarkan khidmat saringan COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Secara umum, berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat didefinisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini