
Sulit
2 tahun
Sakit tekak dan selalu nervous menyebabkan susah bernafas
saya lelaki berumur 30, semenjak covid19 ni wujud, saya jadi kurang bersukan, sebelum ni saya seorang yang aktif bersukan, saya selalu panic dengan wabak ini, sehingga menyebabkan saya tak dapat tidur malam, dan mungkin juga sebab pekerjaan saya yang selalu standby malam, masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah setiap kali makan saya akan mudah sesak nafas, dan setiap jam 3 pagi saya selalu terjaga malam dan menyebabkan jantung saya bergerak laju tapi tak lama, dalam 5 minit mcm tu dia jadi normal semula, lagi satu setiap kali sesak nafas saya akan cuba minum air suam yg ada panas2, lepas tu sesak nafas saya akan jadi normal, persoalannya sekarang adakah ini tanda-tanda saya ada jangkitan virus covid19?

5 tahun
Selamat sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Masalah jantung berdegup laju boleh disebabkan oleh masalah berikut:
- Masalah ritma jantung
- Hipertiroid
- Keresahan
- Jangkitan paru-paru
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.