ellyna.mibrahim
5 tahun
Sakit tekak dan slight fever
selamat pagi, saya ingin memastikan sekiranya sy perlu membuat pemeriksaan untuk covid 19. Saya mengalami sakit tekak sejak 2 hari yg lalu dan suhu saya pada pagi ini ialah 37.2. Saya juga ada merasakan dada saya menjadi ketat. saya juga mempunyai penyakit asma dan sekirannya saya mengalami asma symptom dada menjadi ketat juga berlaku, jadi saya ingin memastikan sekiranya adalah symptom asma sahaja atau covid-19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat pagi.
Terima untuk soalan anda. Untuk makluman anda, simptom COVID-19 adalah simptom yang sering dilaporkan untuk penyakit saluran pernafasan yang lain. Oleh itu, kesimpulan tentang kemungkinan anda menghidapi COVID-19 tidak dapat diberi berdasarkan simptom yang anda alami sahaja. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain COVID-19, oleh kerana anda mempunyai sejarah asma, anda berkemungkinan mengalami serangan asma yang tidak terlalu serius. Sebarang jangkitan pada saluran pernafasan boleh menyebabkan serangan asma. Oleh itu, anda disarankan agar menyediakan inhaler anda yang digunakan semasa serangan asma. Sekiranya keadaan anda semakin teruk, anda disarankan ke hospital dengan segera untuk rawatan selanjutnya.
Masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































