
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan suara serak
Hi doctor, baby saya berumur 7bulan mengalami suara serak, batuk dan selsema.adakah die perlu pergi kr hospital tuk pemeriksaan. Dan jika tidak, apakaha ubat yang perlu saya berikaj padanya. Susu ibu sepenuhnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak dalam kalangan bayi bawah umur satu tahun boleh disebabkan:
- Radang tekak atau tonsil - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam saluran udara atau paru-paru
- Batuk kokol
- Penyakit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan untuk pemeriksaan lanjut memandangkan anak anda baru berumur 7 bulan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.