
kimiah92
5 tahun
Sakit tekak dan susah bernafas
hi doktor, saya berumur 28 tahun. saya mengalami gejala sakit tekak seperti bengkak dalam dua hari, selsema pada waktu pagi, dan ada red rashes at my palate. saya juga mengalami masalah susah bernafas, tapi tidak batuk cuma gatal di tekak kadang-kadang. saya tidak demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak, sukar menelan dan susah bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsilitis yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus
- Radang tekak
- Ketumbuhan dalam tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
- Masalah saraf
Oleh kerana saluran tekak dan hidung akan menjadi satu saluran yang sama, maka jika saluran ini tersumbat kedua-dua saluran akan mendapat kesan yang sama.
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah yang lebih serius berlaku. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.