Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan tonsil
Saya berumur 22 tahun dan sedang belajar di salah satu UA di Selangor. Sebelum terlaksananya RMO, saya pernah mengunjungi high-risked area sebagai contoh Cheras. Sebelum itu, saya pernah membuat screening process seperti mengambil suhu badan dan keputusan menunjukkan 36+. Namun setelah beberapa hari, saya berasa sakit tekak dan tonsils tetapi tidak batuk. Hanya demam untuk seketika dan kembali baik apabila sudah mengambil paracetamol. Selain itu, gusi saya juga berasa sakit dan berdasarkan observation saya gusi saya seakan-akan seperti Pericoronitis. Saya ingin bertanya adakah Pericoronitis menyebabkan tonsils atau sebaliknya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/, masalah tonsilitis disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus dan bakteria. Pericoronitis berkemungkinan menyebabkan tonsillitis kerana struktur ini rapat antara satu sama lain dan organisma yang menyebabkan pericoronitis mungkin boleh menyebabkan randang tonsil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.