
Sulit
3 tahun
Sakit tekak, demam dan sakit kepala
Salam doktor adakah saya seorang positif covid 19 atau x ya dan macam mana nak tahu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit tekak,demam dan sakit kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Saya menyarankan anda untuk membuat swab test untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anda. Ini adalah kerana anda telah mengalami beberapa gejala seperti yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini