
Sulit
5 tahun
Sakit tekak di bahagian kanan dan rasa ada makanan melekat
Saya wanita berumur 18 tahun.Sudah 2 hari saya rasa ada makanan tak telan habis.Tekak rasa sakit dan saya cuba minum air dengan banyak tetapi masih rasa macam ada makanan melakat.Apa yang saya boleh buat untuk hilangkan rasa tak selesa ni?Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
Jangkitan kuman
Radang tonsil
Radang tekak
Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara berikut. Namun begitu, kaedah ini tidak akan menyembuhkan sakit tekak anda dengan serta merta.
Berkumur dengan air garam suam
Minum air suam
Minum air lemon dan madu
Menghisap lozenge
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut dengan doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am.