Sulit
2 tahun
Sakit tekak dn gatal tekak
Saya berumur 45 tahun dan mempunyai sejarah penyakit Kanser Payudara pada 2016.Rawatan sdh selesai hanya review dktr saja. Dlm bln ini sy sering mengalami simptom sakit tekak dan rasa gatal d tekak, mata juga turut gatal2. Sy sdh lakukan RTK Antigen, keputusan adalah negatif pd 13/6/2021,pd 15/6/2021 sy telah mendapat vaksin pfizer (dose 1), sakit tekak sy on of, mata gatal2 Tapi bila makan ubat dia ok ja. Lepas tu pandai balik lg. Sy risau akan hal ini.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas persoalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengalami gejala sakit tekak dan rasa gatal pada bahagian tekak yang bersela-seli serta mata gatal. Kami akan cuba menolong anda dengan masalah ini.
Antara punca sakit tekak yang kerap dilihat adalah :
- Alahan pada habuk, bulu haiwan atau gigitan serangga
- Radang tekak (laryngitis ataupun pharyngitis)
- Tonsilitis
- Jangkitan kuman bakteria atau virus
Kesemua punca yang tersenarai di atas boleh diatasi dengan rawatan. Anda perlu merujuk perkara ini kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta mendapatkan rawatan yang tepat. Anda tidak perlu risau kerana majoriti punca sakit tekak adalah tidak berapa serius.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat menolong anda. Terima kasih.