
Sulit
5 tahun
Sakit tekak hampir 1 minggu
Hi Dr Saya Ada history balik dari travel dari bandung. Selepas 1 minggu Saya batuk dalam 3hari beserta kahak yang hijau. Batuk teruk ketika WAKTU malam sahaja. Balik pada 17.3.20 self quarantine 14hati. Selepas batuk baik pada hari ke 5 Saya sakit tekak. Rasa tekak bengkak tapi tiada demam since balik dari travel. Selera makan Okey. Cuma tak selesa sahaja bahagian tekak. Minum air dah cukup. Sakit ketika menelan air liur dan minum air sahaja. Masa makan nasi menelan seperti biasa. Tiada sakit. Cuma sakit tekak tu bukan sentiasa. Ada masa-masa Dia tak selesa.kadang subuh batuk sikit je sebab tak Sedap tekak. Saya juga Ada ambil vitamin c gold California 1000mg. Tak pasti juga sebab healing proses atau punca vit c. Sebelum ni ambil vit c OK.
Mohon pandangan dari Dr. Saya tiada ke mana2 lagi. Planning untuk beli ubat.terima kasih

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria ataupun virus
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Allergic rhinitis
Masalah batuk pula boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.