
Sulit
4 tahun
Sakit tekak hampir seminggu
saya telah mngalami sakit tekak hampir seminggu…tiada demam,batuk,selsema atau kesukaran bernafas… telah kr klinik utk rwatan…diberikn ubat kumur, lozenges dan antibiotik…terspat perubahan warna merah di tekak menurut dr…ubat telah habis saya mkn tp sakit tekak masih ada…apa nasihat dr…utk mkluman juga saya mmg kerap mnghadapi masalah sakit tekak ini sjak dr dulu…tp biasa cpt sembuh…cuma kali ni agak risau memndangkan wabak yg sdang melanda skrg

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- Jangkitan bakteria/virus di tekak
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Anda juga digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.