
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, mulut sentiasa kering dan demam berlarutan
Saya wanita berusia 32 thn. Seorang pesakit autoimmune dan perlu mengambil hydroxychloroquine setiap hari.
Saya mengalami sakit pada bahagian leher yang teruk beserta demam pada 26hb yg lalu. Telah ke klinik dan diagnosis doktor adalah jangkitan beguk (mumps).
Sehingga hari ini, demam tdk berkurangan dan kesakitan oto juga tidak berkurangan malah simptom lain mula terjadi seperti batuk, dada terasa sempit dan sakit tekak (mulut sentiasa kering dan bibir merekah). Walaupun saya telah minum air 3L setiap hari.
Utk mkluman, smnjk tempoh pkp sy hanya keluar ke pasaraya sekali iaitu pada 22hb. Namun sebelum tempoh pkp sy ada menghadiri majlis perkahwinan pada 15hb.
Perlukah saya menjalani saringan covid 19 memandangkan saya mempunyai simptom2 di atas walaupun sy tiada direct contact dengan mana-mana pesakit positif covid?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini