Sulit
4 tahun
Sakit tekak .. nafas terasa panas
hai foktor… saya perempuan berumur 25 tahu… saya ada mengalami sakit tekak di bahagian kiri… bukan lubang kerokong… sakitnya di bersebelahan kerokong… telan makanan takda masalah… takde ada rasa sakit… badan saya rasa ngilu-nglu… dan rasa
panas sejuk badan saya… adakah saya demam… atau saya panas dalam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pernafasan ialah aliran udara yang melepasi paru-paru kita. Angin yang masuk tidak akan mempunyai suhu yang sama dengan yang keluar. Apabila angin melepasi paru-paru, ia akan mengikut suhu badan. Maka, normal untuk pernafasan panas daripada biasa. Namun, jika anda merasakan anda demam, anda harus memeriksa suhu badan dengan menggunakan termometer. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.