Sulit
5 tahun
Sakit tekak, rasa seperti ada bendalir di saluran pernafasan
Sy wanita 31 tahun. 3 hari lepas mula rasa sakit tekak dan hari ni rasa seperti ada bendalir di saluran pernafasan. Sy tiada close contact dgn pesakit positif covid. Perlu sy buat saringan swab?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit tekak.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman pada tekak
- Penyakit keradangan tonsil ( Tonsilitis )
- Penyakit selesma
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Penyakit keradangan faring ( Pharyngitis )
- Jangkitan virus seperti infectious mononucleosis , influenza
- Udara persekitaran yang kering
- Penggunaan suara lantang yang berlebihan
- Alahan pada tekak
Saya juga fahami kebimbangan anda tentang wabak yang sedang melanda negara, saya menasihatkan anda untuk mengawal gejala gejala COVID19, cuba untuk mengasingkan diri daripada bersosial, dan mengamalkan SOP yang sepatutnya. Sekiranya gejala anda berterusan sila berhubung dengan pihak berwajib bagi tindakan susulan.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti demam.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




























