
Sulit
3 tahun
Sakit tekak, sakit dada , cirit birit dan badan gatal
Saya wanita berusia 23 tahun. Pada mulanya saya cirit birit pada hari pertama. Beberapa hari selepas itu, badan saya gatal-gatal di bahagian lengan , belakang paha dan sakit tekak. Selepas beberapa hari, dada kiri saya berasa sakit.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Masalah gatal pula boleh berlaku disebabkan:
- Alahan terhadap bahan yang digunakan oleh losyen atau sabun
- Skabies
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Psoriasis
- Dermatitis
- Ekzema
Masalah sakit tekak pula boleh berlaku disebabkan perkara ini:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil (Bergantung pada individu, 2-4 minggu)
Gejala sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- GERD
- Refluks Asid
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, terdapat beberapa maklumat lebihan perlu diperolehi sebelum saya boleh memberikan kesimpulan tentang masalah anda. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut dan rawatan yang sepatutnya dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.