Sulit
3 tahun
Sakit tekak & sakit pada abdomen
Saya alami sakit tekak bila menelan tapi tidak setiap masa. Dan ada waktunya, sakit pada bahagian bawah rusuk, atas pada perut, seolah2 seperti terhimpit oleh sesuatu. Tempoh tak lama, tapi kejadian kerap berlaku dalam masa 24jam. Kadang rasa macam tersepit untuk menarik nafas. Sakit rasa terhimpit, menyucuk2 akan hilang untuk beberapa ketika, dan akan datang semula. Mohon sedikit penjelasan dari doktor, TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham maslah yang anda sedang alami. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui masalah yang anda alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah yang disebutkan:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Jangkitan paru-paru
- Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana ia mengganggu pernafasan anda supaya dapat diperiksa dan dirawat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.