
Sulit
5 tahun
Sakit tekak samada tonsil atau tiroid
Assalamualaikum ,saya uwais qarni ,umur 22 ,saya start x sedap rasa dalam tekak sejak 2017 ,mula2 saya rasa x sedap nk menelan air liur ,ingatkan ada sesuatu kat dalam mulut ,rupa tiada,2018 saya x dpat bernafas disebabkan bengkak didalam mulut,saya terus ke hospital,hospital bagi ubat antibiotik dan lain2 ubat utk saya , semenjak drp itu ,saya x dpat bernafas dlm 2@3 lpas drp tu…skrg 2020 ,saya rasa sakit lagi tekak,pedih,kering air liur,semenjak drp th,saya dah xmakan sotong,udang,ketam,telur,kacang ala apa semua tkut bengkak balik,kalau nk makan benda keras,susah nk telan,saya ada gastrik jgk,kembung dan skot perut,debar kdg2,rasa luga dan mual…kdg2 panas tubuh dan di tekak…kahak pun ado,wrna hijau ado jgk kahak ,putih pun ada ,saya g klinik,dio cakap ada merah2 jerr…dio bagi ubat demam, kumur,dan cair kahak…apakah cara utk . merawat penyy gerd anxiety?? Saya kerap jgk kering tekak,xdk air liur,debar di ulu hati…mohon pencerahan drp doktor ,apa yg perlu saya lakukan,ubat antibiotik ado jgk dio bagi masa saya g klinik aritu…terima kasih:+1:

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mendengar keluhan anda, terdapat pelbagai sebab kepada masalah sakit tekak. Antaranya:
- dehidrasi
- radang tonsil
- jangkitan kuman pada pharynx
- alahan
- GERD
Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.