
shiraatan
5 tahun
Sakit tekak selama dua hari. Sy bekerja barisan hadapan di jabatan kastam
Hai doktor. Sy sudah dua hari sakit tekak tapi tak batuk atau selsema. Sy risau sebab sy kerja di barisan hadapan dan berurusan dgn orang awam. Sy risau kalau sy dijangkiti virus ini. Jika berlarutan, perlukah sy jalani pemeriksaan?
Sy tidak pernah melancong ke luar negara.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Sebelum anda ke hospital bagi menjalani pemeriksaan,anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital.
Selain COVID-19, terdapat sebab lain yang boleh menyebabkan sakit tekak. Antaranya jangkitan virus lain (seperti influenza), jangkitan bakteria, alahan dan sebagainya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Nasihat saya, anda awasi dahulu simptom yang anda alami sekrang. Sekiranya semakin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan yang selanjutnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tiggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini