
Anonymous
5 tahun
Sakit tekak selepas melakukan oral seks
Semalam saya melakukan oral seks… selepas melakukan oral seks, saya dapati tekak saya berasa sakit… saya rasa tak selesa dibahagian kerongkok… adakah ini disebabkan STD?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Anda berisiko tinggi untuk mengalami HSV 1 kerana anda terlibat dalam kegiatan seks oral. Virus ini boleh menyebakan ulser di dalam mulut dan juga demam. Untuk masa sekarang, tiada penawar untuk virus ini. Rawatan ini biasanya memberi tumpuan kepada menyingkirkan luka dan mengehadkan wabak. Ubat-ubatan ini boleh membantu individu yang dijangkiti mengurangkan risiko menyebarkan virus kepada orang lain dan juga membantu menurunkan intensiti dan kekerapan wabak. Ubat-ubat ini termasuk acyclovir, famciclovir dan valacyclovir.
Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan, anda boleh menyebakan penyakit anda kepada orang lain. oleh itu, saya menyarankan anda untuk melakukan seks secara selamat. Anda boleh menggunakan kondom kerana ia boleh mencegah penyebaran penyakit kelamin atau dikenali sebagai Sexually Transmitted Diseases(STI).
Untuk jangkitan seperti gonorrhea, anda mempunyai peluang untuk mendapat jangkitan tersebut sekiranya pasangan anda mempunyai jangkitan gonorrhea. Gonorrhea disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. jangkitan ini boleh menyebabkan sakit tekak, sakit semasa kencing, kerap mengencing dan pengeluaran cecair seperti nanah dari vagina yang berwarna kuning atau kehijauan. Ia boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithromycin atau ceftriaxone.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih