
Sulit
4 tahun
Sakit tekak. Tonsil berulang
Salam Sejahtera Dr.
Saya wanita berusia 28th. Ingin bertanya tentang berapa kali kekerapan tonsil berlaku dalam setahun?
Tekak saya terasa sakit sejak 20Mac2020 dan telah pergi klinik pd 1April2020 dan Dr mengatakan tonsil dan sarankan makan antibiotic. Pada 18May2020 saya pergi klinik lain dan Dr memberikan antibiotic juga dan sekali lagi mengambil antibiotic dari klinik yang sama pada 18Oct2020. Sehingga hari ini tekak terasa sakit kadang tidak. Dan sakit kurang di waktu siang dan sangat terasa di waktu malam, demam ringan dan telinga kadang terasa ngilu sedikit di sebabkan gatal d tekak dan kadang sakit ringan di bahagian dada. Harap Dr. dapat memberi penjelasan adakah yang saya alami radang tonsil akut atau jangkitan bakteria/virus yang lain. Tidak mengalami demam panas dan tiada batuk sehingga hari ini.
Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Walaubagaimanapun, sebelum sesuatu diagnosis penyakit dapat dibuat, evaluasi secara lansung terhadap tonsil adalah diperlukan, selain maklumat tentang keluhan yang dialami. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Tonsil merupakan garis pertahanan pertama sistem imunisasi terhadap bakteria dan virus yang memasuki mulut anda. Ini menyebabkan tonsil terdedah kepada jangkitan dan keradangan. Tentang berapa kali kekerapan tonsil berlaku dalam setahun, ia tidak ada ukuran yang spesifik kerana ianya bergantung kepada tahap imun seseorang itu sendiri. Beberapa faktor risiko gejala tonsil bengkak berulang adalah seperti berikut:
- pendedahan kerap kepada kuman-virus/bakteria
- usia muda
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.