Tonsil

Apakah Penyebab Bengkak dan Radang Tonsil (Tonsilitis)

Baca Soalan

  • Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid yang terletak di bahagian tekak

  • Setiap manusia mempunyai 2 tonsil palatin yang menjadi sebahagian dari sistem imunisasi badan.

  • Tonsil juga membentuk sel limfoid dan plasma untuk mempertahankan badan, memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan

  • Oleh kerana fungsinya, tonsil sering terdedah kepada kuman dan kerap mengalami radang.

Penyebab Tonsilitis Akut

  • Tonsilitis akut selalunya dialami oleh kanak-kanak bersekolah dan jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun

  • Punca utama berlakunya radang tonsil adalah jangkitan kuman

  • Tonsil merupakan garis pertahanan pertama sistem imunisasi terhadap bakteria dan virus yang memasuki mulut anda. Ini menyebabkan tonsil terdedah kepada jangkitan dan keradangan.

  • Virus adalah punca utama tonsil bengkak.

    • Contoh virus yang menjadi penyebab adalah:
      • Herpes Simplex Virus (HSV)
      • Adenovirus
      • Epstein-Barr virus (EBV)
      • Cytomegalovirus (CMV)
      • Herpes Zoster Virus  

    • Bakteria merangkumi 15-30% penyebab tonsil bengkak.  

          • Bakteria yang paling kerap adalah:
            • Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS)
            • Sptreptococcus pneumoniae
            • Staphylococci
            • Hemophilus influenza.
        • Tonsillitis menular jika penyebabnya adalah bakteria dan mungkin berjangkit jika penyebabnya adalah virus, bergantung kepada sama ada seseorang terdedah kepada virus itu.
        • Tonsilitis yang disebabkan oleh Streptococcus pyogenes mudah berjangkit dan tonsilitis yang disebabkan oleh virus Epstein-Barr menular pada kali pertama seseorang memilikinya. Dalam kedua-dua kes, langkah-langkah untuk mencegah penyebarannya perlu diambil.

        Faktor Risiko Tonsilitis Akut

        • Usia muda:

          • Tonsilitis kerap berlaku kepada kanak-kanak, tetapi jarang berlaku kepada mereka yang berusia dibawah 2 tahun. Tonsilitis yang disebabkan oleh bakteria lebih kerap menjangkiti kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun, manakala tonsilitis virus lebih kerap menjangkiti kanak-kanak dalam umur persekolahan.
        • Pendedahan kerap kepada kuman:

          • Kanak-kanak dalam umur persekolahan bergaul rapat dengan rakan-rakan mereka dan sering terdedah kepada virus atau bakteria yang boleh menyebabkan tonsilitis.

        Klasifikasi Radang Tonsil

        • Catarrhal Tonsillitis/Superficial Tonsillitis akut 
          • Gejala termasuk merah pada permukaan tonsil sahaja akibat dari sakit tekak biasa (pharyngitis). Radang jenis ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman virus
        • Follicular Tonsilitis akut

          •  Gejala termasuk bintik-bintik kuning nanah di atas permukaan tonsil disebabkan jangkitan merebak ke dalam kripta, iaitu rongga kecil dan halus di permukaan tonsil
        • Parenchymatus Tonsilitis akut 

          • Keseluruhan tonsil terjejas, membengkak dan merah
        • Membranous Tonsilitis akut

          •  Gejala termasuk pembentukan membran atau lapisan putih pada keseluruhan permukaan tonsil

        Written by: Dr Sri Viknarajan

        Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

        18 Aug 2018
        *Maklumat anda akan kami lindungi. Tiada penjualan kepada pihak ketiga