
Sulit
4 tahun
Sakit tekak yg dh berlarutan slme smggu
Sy berumur 33tahun…sy mempunyai mslh sakit tekak @ tekak kering…mslh kekeringan tekak nie berlaku pd stp pg…tekak sy jdi spt kekeringan,sakit n trse pedih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala sakit tekak berlarutan selama seminggu yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab sakit tekak, secara umum antaranya ialah:
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- alahan
- refluks asid
- Kerengsaan daripada udara yang kering, bahan kimia ataupun asap rokok
- Laryngitis akibat penggunaan suara yang berlebihan
- Kanser
Anda boleh melegakan sakit tekak yang anda alami dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Namun, jika masalah ini tetap berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor.Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.