Anonymous
4 tahun
Sakit telinga bahagian dlm
hi doktor, saya seorg wanita berumur 24 tahun. pagi tadi telinga saya berasa sgt gatal di bahagian dalam. dan saya hanya gosok2 dari luar tiba2 lepas beberapa minit ia berasa sangat sakit di bahagia dlm. apa yg patut saya lakukan ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah pada saraf
- Masalah jangkitan kuman dalam telinga
- Masalah luka fizikal dalam telinga
- Masalah cairan telinga yang telah mampat
Anda disarankan untuk meneruskan rawatan yang telah diberikan oleh doktor dan jika terdapat komplikasi atau sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Untuk mengenal pasti punca masalah anda dan merawatnya, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.