Sulit
4 tahun
Sakit Telinga dan pening kepala
salam sejahtera. saya ingin meminta pendapat Dr mengenai masalah saya. saya mengalami sakit telinga yg ngilu di bhgn dalam diikuti dengan sakit kepala dan rasa mata berpinar/ berpusing seperti nak jatuh. sakit kepala di bhgn telinga. saya juga sedang batuk dan selsema dan sakit tekak. semasa telan air liur, saya terasa ngilu hingga ke telinga. saya juga amat sensitif dgn habuk/ bulu kucing dan kerap bersin. masalah sakit telinga saya dah 2-3 hari.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit telinga dan sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Keradangan tonsil - hal ini akan menyebabkan sensasi tidak selesa pada kerongkong dan telinga
- Resdung - juga boleh menyebabkan sakit kepala dan ketidak selesaan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.