
gurlzrieya
5 tahun
Sakit telinga hampir sebulan
Sy mengalami sakit telinga bahagian dalam telinga,rasa sakit seperti ada angin dalam telinga dan berlaku dalam 10 saat tetapi tidak kerap. Kadang-kadang rasa sakit berpindah dari telinga sebelah kiri ke kanan dan juga sebaliknya. Apa penyebab boleh terjadinya sakit seperti Itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, gejala sakit telinga boleh terjadi kerana:
- Otitis media (jangkitan dalam telinga)
- Otitis externa (jangkitan di luar telinga)
- Barotrauma
- Kemasukan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.