liyanaxizzati
4 tahun
Sakit Telinga & Kering Di Bahagian Luar Dalam
Saya remaja perempuan berumur 19 tahun. Telinga bahagian kanan saya kering luar dan dalam dan bila saya korek telinga, saya merasakan ada cecair di bahagian dalam telinga. Apabila menggunakan cotton buds, terlihat cecair bewarna kuning di cotton buds tersebut. Adakah itu taik telinga yang cair? Apa yang perlu saya lakukan doktor untuk pulihkan sakit telinga saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih