
izrina8324
5 tahun
Sakit telinga selepas dicuci
Salam doktor…saya sedang menghidapi sakit telinga…sy telah ke klinik dan telinga saya ada nanah…doktor berikan saya ubat titis dan antibiotik…setelah seminggu saya telinga saya masih sakit dan doktor telah mencuci nanah…masuk hari ke 2 telinga saya mcm dicucuk2 dan still rasa tersumbat lg…apakah solution yg perlu sy buat utk menghilangkan sakit ni…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman
- Cyst kulit
- Cholesteatoma
Sebab anda masih mengalami kesakitan mungkin disebabkan perkara berikut:
- Ubat yang tidak sesuai
- Punca yang tidak dapat dikenalpasti
- Nanah yang masih tidak sembuh
Anda boleh menggunakan ubat tahan sakit bagi mengatasi kesakitan yang anda hadapi. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya sementara dan anda harus mendapatkan rawatan lanjut jika masalah ini berlanjutan, hilang pendengaran, demam dan pening.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi masalah diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.